Followers
Sunday, August 2, 2009
Orang Tak Senang Melihat Kita Senang
Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah.
Mereka seronok kacau kita.
Bila korang memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, korang akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat korang senang.
Tak ramai orang suka melihat korang berusaha memperbaiki diri korang. Buka mata, lihat sekeliling korang lalu fikir, korang akan setuju dengan apa yang aku cakp.
Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri korang akan terbiasa berfikiran positif!.
Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak dapat penyakit kerana difikiran kita penuh dengan perkara-perkara berkaitan penyakit.
Jadi, mengapa kita tak fokus pada usaha membina kesihatan?
Bukankah itu penyelesaian yang lebih baik kesannya?
Telandan yang kita dapat pelajar kali ni adalah, kita kena terima hakikat, orang tak senang melihat kita senang. Mereka tak senang melihat kita rajin memperbaiki diri, sebab mereka tak suka kita lebih maju daripada mereka.
Lupakan mereka, biarkan mereka. Diri kita, kejayaan kita, itu lebih penting dari asyik melayan sakit hati kita pada orang yang tak senang
melihat kita senang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment